Cart 0
1488460720_2405010_z

CUKA EPAL DURRA

RM 12.00 RM 2,000.00

APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan , KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

 

KHASIAT CUKA EPAL

 

-Menurunkan tekanan darah tinggi

-Memecahkan molekul lemak dan membantu proses penurunan berat badan.

-Jangkitan sinus (resdung)

-Melegakan selesema

-Menyembuhkan jerawat

-Menurunkan kolesterol

-Mengatasi keletihan kronik

-Melegakan Sakit??ulu hati

-Melegakan Sakit tekak

-Artritis (bengkak sendi)

-Menyembuhkan reumatik

-Menyembuhkan osteoporosis

-Melancarkan peredaran darah

-Menyembuhkan Gout

-Bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah penyebaran bakteria

 

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubatnya”

Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.

 

?Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser

2. membuang darah kotor & melancar aliran darah

3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut

4. melancarkan pergerakan usus

5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan

6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari

7. menurunkan tahap kolesterol

8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam

9. membakar kalori dgn cepati

10. membuang toksin

11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga

12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang

13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut

14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)

15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai

16. melancarkan pengeluaran susu ibu

17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)

18. memperbaiki fungsi limpa

19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

Kaedah Pemakanan

KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.