Cart 0
1488460638_1863952_z

CUKA ANGGUR 500ML

RM 12.00 RM 2,000.00

APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

 

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

 

KHASIAT CUKA ANGGUR

 

 

 

  • Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).

  •  Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan strok.

  • Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).

  • Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya. 

  • Melancarkan sistem penghadaman.

  • Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).

  • Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah. 

  • Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.

  • Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.

  • Boleh melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit, caranya sama seperti menggunakan cuka epal & kurma - masukkan 2 sudu besar cuka angggur bersama 1 sudu besar madu ke dalam segelas air kosong, kacau sebati & minum (3 kali sehari = sebelum sarapan, makan tengahari & makan malam).

  • Membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap kencing manis)

  • Gosokkan cuka anggur ke bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol yg tersumbat.. kulit beransur lembut, licin & cerah!

  • Ratakan campuran cuka anggur & air mineral ke seluruh wajah anda menggunakan pad kapas (seperti memakai ‘toner’) untuk menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka, mengeringkan jerawat & mengawal kulit berminyak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas bersih. Lakukan setiap malam sehingga nampak kesan.. pejam mata ketika melakukannya untuk elak pedih mata.

  • 1 sudu besar cuka anggur dikacau bersama segelas air & diminum sebelum tidur boleh meredakan masalah keletihan & sakit2 badan serta memudahkan tidur.

  • Berkumur dgn sedikit cuka anggur dapat menghilangkan sakit tekak! Masukkan 1 sudu besar cuka anggur ke dalam 1/2 gelas air, kacau & kumur (..juga dapat mencegah jangkitan bakteria).

  • Jika anda sakit kepala, masukkan 2 sudu besar cuka anggur ke dalam 1 mangkuk air panas & wapkan muka anda sambil pejamkan mata.. InsyaAllah dapat meredakan sakit kepala, hidung tersumbat & asma serta boleh merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah!

  • Cara membuang kutil / ketuat. Celupkan bola kapas ke dalam 1 sudu besar cuka anggur, kemudian tekapkan pada kutil / ketuat, kemudian lekatkan dgn medical tape, biar semalaman (bawa tidur), cuci bersih keesokan pagi. Ulang setiap malam sehingga kutil / ketuat tanggal. (bahagian bermasalah itu hendaklah dicuci bersih sebelum & selepas rawatan)
  •  

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubatnya”

Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.

 

 Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser

2. membuang darah kotor & melancar aliran darah

3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut

4. melancarkan pergerakan usus

5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan

6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari

7. menurunkan tahap kolesterol

8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam

9. membakar kalori dgn cepati

10. membuang toksin

11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga

12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang

13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut

14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)

15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai

16. melancarkan pengeluaran susu ibu

17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)

18. memperbaiki fungsi limpa

19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

 Kaedah Pemakanan

KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.