Cart 0
1488460638_1096665_z

BUAH APRIKOT JUMBO - 1KG

RM 50.00 RM 7,500.00

Apricot?dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

?


Pokok Aprikot?merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 METER, daunnya?berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah?pic?atau nektarin, dengan warna daripada?kuning?hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.

?


?

Apricot?juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.


Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…

?

?

Aprikot berupaya memulihkan badan selepas berhenti merokok

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

?


Aprikot?juga dikatakan sebagai ?buah sahabat mata. Aprikot memiliki kandungan betakaroten yang sangat?bagus. Dan ini sangat diperlukan untuk menjaga kesihatan mata. Menurut?Ritva Butrum PH.D?Wakil Presiden sebuah penyelidikan yang dilakukan di Institut Amerika untuk Penyakit Kanser di Washington DC Senyawa karotenoid (termasuk betakaroten) telah ditemui dalam buah dan sayuran yang berwarna kuning, jingga dan merah. Betakaroten yang terdapat dalam aprikot akan diubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Vitamin A diperlukan untuk mencegah radikal bebas yang menyerang retina sehingga gangguan penglihatan atau kebutaan dapat di cegah...

?

KHASIAT BUAH APRIKOT:

- mengandungi?Carotenoids?(antioksidan) yang membantu pencegahan serangan jantung.?

- mengurangkan paras kolestrol jahat dalam tubuh & ,melindungi badan dari serangan kanser.?

- menjaga kesihatan mata.

- memperkuatkan sistem respirasi ?untuk mengurangkan batuk & asma.

-?merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen.?

- menjaga kesihatan jantung.

- zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan

- menjamin kesihatan kulit, rambut & kuku.